Hanya insan biasa.

Aku hanya insan biasa yang tidak mampu untuk puaskan hati semua orang , Mungkin mereka mereka fikir aku sengaja tidak mahu membantu tidak mahu buat itu ini untuk mereka, bukan taknak tapi aku tak mampu untuk buat semua . Jangan ditanya kenapa , kerana aku hanya insan biasa yang insan yang serba kekurangan , malah serba lebih hina disisi-Nya . Maaf . jika kita tak boleh puaskan hati semua orang

Aku hanya insan biasa yang tidak mampu untuk membuat mereka-mereka diluar sana sentiasa gembira , malah sentiasa menambahkan kesedihan dalam diri mereka . Mesti ada yang terguris dengan sikap aku yang mungkin hanya menyakitkan hati mereka dan melabelkan akusebagai orang yang "pentingkan diri sendiri" .Aku tahu akan sentiasa ada orang yang terguris hati dengan kata-kata , dengan perbuatan aku . Maafkan aku , aku hanya insan biasa yang mempunyai cacat cela dalam perlakuan kita . Maafkan aku .

Semua ini datang dari diri aku sendiri .
Aku hanya insan biasa , oleh itu sentiasa melakukan kesilapan tanpa disedar
Aku hanya insan biasa , oleh itu aku tak mampu untuk memuaskan hati mereka semua
Aku hanya insan biasa , oleh itu aku tak mampu menggembirakan orang di sekeliling aku

Oleh kerana  aku manusia yang serba kekurangan , aku hanya mengungkapkan kata maaf..
Mak ayah , maafkan kita sebab selalu melakukan kesalahan pada mak dengan ayah selalu buat terasa.
Kakak-kakak , maafkan kita sebab tidak mampu menjadi seorang adik yang baik untuk korang .
Adik , maafkan kak yana sebab tak pernah nak jadi contoh yang baik dan selalu menyakitkan hati hakim
Sahabat , maafkan kerana aku tidak mampu menjadi seorang sahabat yang sentiasa menyenangkan hati korang . Sentiasa mengguriskan hati korang dengan kata-kata dengan perbuatan aku . Maafkan aku

Maafkan aku wahai insan-insan yang mengenali diri aku , aku tidak mampu untuk menjadi yang terbaik untuk korang

Dan yang paling penting , Maafkan aku Ya Allah.... Ampuni segala dosa-dosa yang telah aku lakukan. Aku lemah Ya Allah.. Aku tidak berdaya tanpa pertolongan dariMu... Bantulah hambaMu ini untuk terus membawa agamaMu... Andai nafasku terhenti Ya Allah, aku ingin pemergianku ini diiringi oleh kemaafan dan redha daripada insan-insan di sekeliling ku, sekali gus mendamba RedhaMu Ya Allah....

Aku hanya insan biasa yang sering melakukan kesalahan yang sering melakukan dosa . Ampunkan aku . Maaf kerana tidak pernah menjadi yang terbaik untuk kalian . Ampunkan aku sekali lagi :') bukan manusia yang sempurna . Oleh itu , aku akan cuba untuk perbaiki diri aku untuk menjadi yang terbaik untuk mereka . InsaAllah .

khadimulquran:

Imperfect.










S A H A B A T

Apabila sahabat yang kita sayang jauh daripada kita , ya Allah rindu sangat dekat dia dah 6 bulan lebih dia dekat sana . Shirah , tahun ni kita tak dapat raya sama- sama , jalan  sama-sama . Tunggu lagi setahun lebih lagi kita dapat raya sama-sama . setahun tu lama tau , ni enam bulan pun dah rasa lama sangat tak jumpa dia. Dulu , masa dia dah sampai dekat mesir  excited nak tengok keadaan dekat sana , cara hidup dekat sana cakap dah sampai nak terus call kita , tapi handphone dia pun tak boleh guna dekat sana luar kawasan .

Lepastu , nak dekat sebulan lah jugak tunggu nak skype dengan dia . Masa skype dengan dia tira ade sekali  tiraaaaaaa :'( I miss you too . niesa pulak pergi keyyell okay keyyell . faham dop ? hihi . kali kedua dapat tengok adik angkt dia dekat sana . adik jaga kak shirah elok-elok . saling membantu tau dalam hafazan . Hish rindu betul . Shirah Shirah Shirah T__T

Boleh tak kita nak cakap yang dia kawan baik kita yang paling terbaik . Dia yang banyak kita dalam sesuatu perkara . Dia seorang yang penyayang . Dia seorang yang sangat memahami . Dia seorang yang tak pernah lupa kawan2 dia, dia selalu call kita tak kira siang malam petang ke . Dia seorang yang annoying . dia peramah . Memang sangat terlebih peramah dia ni .


“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”



InsyaAllah lepas raya hantar surat dekat dia . haritu dia hantar surat kita tak reply pun :( rasa serba salah sangat bila surat kedua yang dia hantar dia tanya kenapa tak balas surat dia . tak sangka yang menunggu surat dari kiterang . haih. 

 yang belah kanan tu dia .I'm happy for you Nur Shahirah bt zainal . dah 8 tahun kita kenal dia & start form1 kiterang kawan rapat :') . Semoga dia dapat kawan yang lebih baik dekat sana , kawan yang boleh membimbing dia kejalan Allah  dan supaya suatu hari nanti dia pula akan membawa kita kejalan Allah .InsyaAllah . No matter  what happen you're my friend , My Bestfriend 







Selamat Hari raya :D

Assalamualaikum , lama sangat dah tak update blog memang dah tak kisah sangat sebenarnya pasal blog ni dah . iteww tahu bukan ada orang nak baca kan kan ? haha tahu dah tahu dah :P

Kita nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat islam , saudara2 islam kita . kalau ada yang baca maknanya selamat hari raya buat awak jugak :D . Alhamdulillah tahu ni kita dapat lagi menyambut lebaran bersama family , tapi tahun ni taklah semeriah macam dulu dulu . yelah dulu zaman kecik kecik rasa best sangat dapat duit raya jalan sana sini beraya rumah orang , dapat duit rayaterus kenyang taknak makan dah . hihi kite lah tuu . Lepastu saudara mara semua balik berkumpul sama sama . tapi tahun berapa family je yang balik . lepas tu abe abe sepupu pun dah ramai kahwin nbalik rumah mertua and so onnn.. okay pangjang lebar pulak gua taip ni . haih

Tapikan tapikan , tahun ni kita ada anak buah baru taklah rasa bosan takde duk terconggoj je depan tv dengan bosan nya asyik makan je .Sorang nama dia waldan hakimi kott . adik dia nama Wildania saffiyah bt Muhammad Qumeyza Suhafiz . nama dia nak dekat sama dengan nama maksu dia *cough* haha

Ni adik dia sebenarnya , mata sepet je macam amoii . nak bukak mata pun susah asyik tidur je . rasa macam nak tampar pipi dia suruh bangun .

Ni gambar anak dara yang beraya .ni je satu gambar yang ada dalam facebook . yang dalam kamera semua dekat laptop kakak maleh den nak bukak laptop dia dahlah lembab macam ciput . 
okay entry entah ape2 . Selamat Malam :D