Hanya insan biasa.

Aku hanya insan biasa yang tidak mampu untuk puaskan hati semua orang , Mungkin mereka mereka fikir aku sengaja tidak mahu membantu tidak mahu buat itu ini untuk mereka, bukan taknak tapi aku tak mampu untuk buat semua . Jangan ditanya kenapa , kerana aku hanya insan biasa yang insan yang serba kekurangan , malah serba lebih hina disisi-Nya . Maaf . jika kita tak boleh puaskan hati semua orang

Aku hanya insan biasa yang tidak mampu untuk membuat mereka-mereka diluar sana sentiasa gembira , malah sentiasa menambahkan kesedihan dalam diri mereka . Mesti ada yang terguris dengan sikap aku yang mungkin hanya menyakitkan hati mereka dan melabelkan akusebagai orang yang "pentingkan diri sendiri" .Aku tahu akan sentiasa ada orang yang terguris hati dengan kata-kata , dengan perbuatan aku . Maafkan aku , aku hanya insan biasa yang mempunyai cacat cela dalam perlakuan kita . Maafkan aku .

Semua ini datang dari diri aku sendiri .
Aku hanya insan biasa , oleh itu sentiasa melakukan kesilapan tanpa disedar
Aku hanya insan biasa , oleh itu aku tak mampu untuk memuaskan hati mereka semua
Aku hanya insan biasa , oleh itu aku tak mampu menggembirakan orang di sekeliling aku

Oleh kerana  aku manusia yang serba kekurangan , aku hanya mengungkapkan kata maaf..
Mak ayah , maafkan kita sebab selalu melakukan kesalahan pada mak dengan ayah selalu buat terasa.
Kakak-kakak , maafkan kita sebab tidak mampu menjadi seorang adik yang baik untuk korang .
Adik , maafkan kak yana sebab tak pernah nak jadi contoh yang baik dan selalu menyakitkan hati hakim
Sahabat , maafkan kerana aku tidak mampu menjadi seorang sahabat yang sentiasa menyenangkan hati korang . Sentiasa mengguriskan hati korang dengan kata-kata dengan perbuatan aku . Maafkan aku

Maafkan aku wahai insan-insan yang mengenali diri aku , aku tidak mampu untuk menjadi yang terbaik untuk korang

Dan yang paling penting , Maafkan aku Ya Allah.... Ampuni segala dosa-dosa yang telah aku lakukan. Aku lemah Ya Allah.. Aku tidak berdaya tanpa pertolongan dariMu... Bantulah hambaMu ini untuk terus membawa agamaMu... Andai nafasku terhenti Ya Allah, aku ingin pemergianku ini diiringi oleh kemaafan dan redha daripada insan-insan di sekeliling ku, sekali gus mendamba RedhaMu Ya Allah....

Aku hanya insan biasa yang sering melakukan kesalahan yang sering melakukan dosa . Ampunkan aku . Maaf kerana tidak pernah menjadi yang terbaik untuk kalian . Ampunkan aku sekali lagi :') bukan manusia yang sempurna . Oleh itu , aku akan cuba untuk perbaiki diri aku untuk menjadi yang terbaik untuk mereka . InsaAllah .

khadimulquran:

Imperfect.










No comments:

Post a Comment